Wednesday 12 December 2012

kau yang pernah singgah


assalamualaikum :)lama aku tinggalkan kau .
hidup tak seindah masa dulu . masa aku gentar , masih kuat untuk menceritakan segalanya pada kau .
tarikh yang indah bukan ?
aku agak bahasa kedua aku semakin pudar kekuatan dia . haha
tak mengapa lah aku agak .
sebab bukan ada pelawat untuk kau bukan ? hanya aku .
aku lebih selesa menulis , mengarang di muka surat .
maaf aku kurang kepada kau . bukan apa . kadang kadang pena lebih memahami daripada menekan nekan kekunci .
malam sebelum malam ni , aku mimpi .
aku mimpi orang yang pertama dalam hidup aku yang aku hamburkan segalanya pada dia .
kau , manusia lain mungkin tidak memahami apa maksud .
tapi Allah dan orang yang terpilih tahu .
rindu ? mungkin . sayang ? mungkin . benci ? tidak . cemburu ? sedikit .
manakan tidak . Dia satu satunya .
dalam mimpi , lembut aku bertanya .
bahagiakah kau selepas tinggalkan aku ? kau hanya senyum .
senyum yang satu ketika dulu mengindahkan hidup aku .
hari hari yang berlaku bagaikan drama .
orang datang dan pergi dalam hidup aku . begitu juga dengan kau .
aku rindu .
aku hilang banyak orang yang aku sayang atas perubahan diri yang aku sendiri tak mengerti .
metaphora apa .
aku takde niat .
cuma hati kecil ini . disebabkan hati kecil ini aku sunyi .
biarlah .
kita bagaikan orang asing . padahal suatu ketika dulu , kitalah pasangan paling bahagia .
pura purakah kebahagiaan kau ?
aku faham . aku tak seperti kau harapkan .
aku tak pernah berharap kau kembali cuma aku terfikir .
adakah kau begitu mudah melupakan perempuan pertama yang kau sentuh ?
sudah tentu bagi aku tidak .
takkan dan tak pernah aku lupa .
kau dah temu pengganti . aku ?
bahagianya kau . aku ?
pernahkah kau terfikir walau sejenak tentang aku ?
aku jumpa . orang yang mungkin akan menggantikan kau .
hampa .
hidup tak semudah kau mencari pengganti aku
ya . aku salah . peluang kedua ? pun sudah . mungkin aku yang menjadi punca . ya aku .
sekarang . aku cuma mengikut apa yang sudah tertulis oleh Yang Satu untuk aku .
moga hari hari yang berlalu , membuat aku lebih matang .
In Sha Allah . 



No comments:

Post a Comment

gojes cakap cakap