Monday 18 February 2013

sekali lagi.


akibat terlalu lama tidak terbuka hati untuk berblog . 
hari ni . masa ni . waktu ni . ketika ni . aku . sedang menaip papan kekunci untuk meluahkan perasaan .
entah . masa lampau membuat aku lebih rela untuk aku memendam semua nya .
sastera melayu indah . aku suka .
sekali lagi .
agak agak kenapa aku buat tajuk mcm tu ?
sebab sekali lagi . aku rasa perasaan yang hilang lebih setahun setengah .
datang terbang melayang layang pada waktu ketika aku tak pernah minta untuk datang kembali .
cukup sekali dulu . aku jatuh . bangun tak berdaya . kudrat yang ada , aku bangkit dan alhamdulillah .
aku mampu akhirnya pada dasar aku agak aku akan mati .
Tuhan tu sayang aku .
DIA tunjuk jalan agar aku mampu berdiri sampai ke hari ni .
lelaki . bukan segalanya .
Tuhan tunjuk segalanya pada aku .
lampau tetap lampau .
aku tetap aku .
masa tidak akan dapat putar pada lampau .
muhammad aizat bin sahlan .
aku sendiri keliru . apa sebab aku boleh jatuh untuk kali kedua ?
pada mulanya , semua indah .
mungkin sebab hubungan ni masih baru nak bernafas .
aku tak salahkan kau .
tapi jangan salahkan aku bila masa hati aku berubah .
baru aku tahu apa rasa bila aku ingin seseorang yang aku sayang untuk memahami aku tapi bila mana aku terlupa hati seseorang itu apa rasa .
mungkin kau terlupa . dalam perhubungan , ada dua hati .
ya . kau merayu . 
ya . kau buat segalanya untuk peroleh kepercayaan aku .
tapi bila masa kau dapat aku , aku rasa semua berubah .
kau minta aku untuk memahami kau .
seolah terbalik .
tak apa .
giliran aku mungkin untuk rasa .
cuma satu .
aku mungkin dingin .
dingin kerana aku penat untuk terus terluka .
kalau bukan jodoh kita , terima apa adanya .
terima kasih kerana datang dan buat aku rasa perasaan tu untuk kali kedua .



No comments:

Post a Comment

gojes cakap cakap